SEMUA JAWAPAN TELAH BETUL...YANG SALAH JUGA DIPERKATAKAN

Khamis lepas, seorang guru matematik sekolah menengah telah menulis sifir pada papan hijau:


Apabila si guru tadi selesai, dia memandang kepada pelajarnya. Sementelah itu pelajar-pelajarnya mula menunjukkan reaksi kepada beliau. Ada yang ketawa, ada yang tunduk membisu, ada yang terpingga-pingga dan ada yang sedang memikirkan adakah ia sebuah formula baru hasil kajian guru mereka.

Oh! tidak. Ini bukanlah suatu formula baru kerana jawapan yang kelima itu merupakan jawapan yang yang sudah pasti SALAH.

Kemudian guru itu berkata,
"Baiklah pelajar-pelajar sekalian, Saya menulis jawapan kelima itu salah dengan sengaja.. kerana saya mahu kamu berfikir dan mempelajari sesuatu yang penting.

"Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan kamu."

"Kamu boleh lihat yang saya tulis dengan TEPAT sekali utk 9 jawapan yang lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah kepada saya untuk itu!"

Apa yang kamu buat adalah ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang telah saya lakukan.

Semua ini ada maksud yang tersirat dan jadikan ini suatu pelajaran..

"Kamu perlu tahu, dunia tidak akan menghargai kebaikan yang kamu buat walaupun satu juta kali, tetapi akan mengkritik kamu kembali jika hanya sekali sahaja kesilapan yang kamu buat."

Jadi renung-renungkanlah.

Sumber : hazwanhussain.blogspot.my
SEMUA JAWAPAN TELAH BETUL...YANG SALAH JUGA DIPERKATAKAN SEMUA JAWAPAN TELAH BETUL...YANG SALAH JUGA DIPERKATAKAN Reviewed by Unknown on 10:48 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.