Selalunya kita akan dapati tuan imam selalu menggunakan rantaian biji-biji kecil atau lebih dikenali sebagai buah tasbih untuk berzikir, bertahlil dan berselawat. Bijian tasbih ini tidak dapat tidak telah menjadi satu alat untuk menghitung zikir selain dari jari tangan. Meskipun penggunaannya masih diperdebatkan namun beberapa umat Islam tetap menggunakannya.
Namun, alternatif selain dari penggunaan jari tangan dan tasbih kini muncul pula tasbih digital yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Apapun tidak kiralah anda menggunakan jari-jemari, biji tasbih, batu kerikil, tasbih digital dan sebagainya hendaklah kita selalu banyak mengingati Allah di waktu senang atau susah, kala bersendirian mahupun keramaian kerana dengan mengingatinya hati menjadi tenang.
Berikut adalah fakta tentang bijian tasbih sebagai pengetahuan.
1. Berapakah jumlah bijian tasbih mengikut sesuatu agama?
Pernahkah anda terfikir di minda mengapa jumlah bijian tasbih adalah 100? Mengapa jumlahnya tidak pula sebanyak 50 atau 10 biji?
Secara puratanya untuk setiap hitungan zikir adalah sebanyak 33 kali. Jadi 100 biji itu biasanya dibahagikan kepada tiga bahagian. 33 bijian untuk bacaan Subhanallah, 33 bijian untuk Alhamdulillah, dan 33 bijian terakhir pula adalah untuk Allahuakbar, sedangkan 1 terakhir untuk tahlil penutup.
2. Tasbih maknanya adalah zikir
Tasbih dalam bahasa Arab disebut sebagai as-subhah atau al-misbahah. Dalam bahasa arab lagi tasbih pula diertikan sebagai pujian kepada tuhan. Jadi mengapa ia dipanggil tasbih? Ini kerana benda tersebut menjadi medium bantu untuk menghitung pujian untuk Allah yang kita ucapkan.
3. Mulai mashyur pada abad 5 Hijrah, tapi asal mulanya belum jelas
Dari manakah asalnya penggunaan alat tasbih ini? Seperti yang didapati daripada dapatan-dapatan asalnya tidak dapat dipastikan, tetapi penggunaan awalnya telah dikesan dalam agama Hindu di India, kemudian Buddha kemungkinan meminjamkan konsep tasbih tersebut dari agama Hindu. Terdapat patung seorang lelaki suci Hindu memakai manik-manik berasal pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
Menurut Syekh Bakr bin Abdillah Abu Zaid, biji tasbih sudah dikenali pada zaman sebelum Islam dan secara tepatnya digunakan oleh umat Buddha yang diyakini selalu menggunakan tasbih untuk menyelaraskan antara perbuatan dan ucapannya ketika sedang melakukan persembahyangan.
4. Bagaimana dengan agama lain, adakah penganut-penganut menggunakan tasbih?
Ya, sudah tentu ada. Sebagai pengetahuan pembaca, Tasbih penganut Buddha atau dikenali sebagai "mala" biasanya lebih besar dan selalunya digunakan oleh sami di tokong-tokong. Jumlah manik biasanya boleh dibahagi dengan 108.. Ada pula yang menyebut alat tasbih juga digunakan dalam agama Katolik. Apakah perbezaannya? Tentu sekali ada perbezaan di mana tasbih penganut Katolik hanya terdiri dari 50 biji manakala dalam agama Hindu tasbih terdiri dari 108 biji.
Namanya pun di setiap agama adalah berbeza-beza, pada agama Budha alat ini disebut “Juzu” atau “Nenju”, sedangkan umat Katolit menyebutnya “Rosario”
5. Mengapa ianya berbentuk bulat?
Seperti yang diketahui dan dari pemerhatian yang dibuat, semua tasbih adalah berbentuk bulat atau oval. Secara umumnya bijian tasbih dibuat bulat agar memudahkan menggesernya. Selain itu, adalah mudah untuk pengguna memegang dan menyimpannya ke dalam poket kerana bijian-bijian tasbih itu diikat lembut oleh talian benang.
Sumber : www.brilio.net

[BACA!!] SIAPA TAHU BERAPAKAH JUMLAH BIJI TASBIH MENGIKUT AGAMA ISLAM, HINDU, KATOLIK DAN BUDDHA?
Reviewed by Unknown
on
12:24 PM
Rating:
No comments: