HEBAT!!! JANGAN DENGKI YE...KINI BANDUAN PUN BOLEH HIDUP MEWAH DI PENJARA BERTARAF 5 BINTANG MENGALAHKAN ORANG KAYA DI LUAR SANA.

Sekali pandang dari luar ia tidak ubah seperti bangunan pejabat kerajaan mahupun swasta. Suasana persekitarannya bersih dan tidak nampak tanda-tanda pencemaran berlaku di situ. Bangunan apakah itu? Ia sebenarnya adalah sebuah bangunan penjara yang mana terletk di Austria. Penjara yang diberi nama sebagai The Justice Center, Leoben ini adalah begitu menarik dan mengagumkan. Selayaknya mendapat pengiktirafan 5 bintang.


Bangunan penjara ini juga direka bentuk dengan gaya yang minima tetapi menampakkan ciri-ciri kekemasan binaan hasil sentuhan pembuatnya. Pada bangunan itu iam mempunyai tingkap yang besar dan suatu penjelasan yang cukup untuk bentuk bangunan yang ringkas. Berdasarkan rekaan tersebut, ia membuatkan penjara ini lebih kelihatan seolah-olah bangunan pejabat ataupun hypermarket seperti yang ada di negara kita.



Berkenaan tahap kebersihannya adalah sememangnya terjaga. Sentuhan warna putih pada dinding menampakkan lagi keceriaan, kebersihan dan keluasan sesuatu bilik. Bangunan penjara itu juga mempunyai perhiasannya yang tersendiri. Di sampin itu, sofa yang penuh dengan warna keceriaan menghiasi bahagian dalaman penjara.



Menariknya jika dijenguk ke dalam sel seseorang banduan, kita pasti teruja dan kaget seketika melihat keadaan yang sememangnya layak bagi seseorang bermalam di hotel 5 bintang. Sungguh bersih dan cantik. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat. Mana tidaknya sebuah sel tersebut dilengkapi dengan katil, meja, dan televisyen manakala di luar pula ia menyediakan kemudahan seperti kafeteria, gym, dan lapangan ping-pong.




Sebenarnya, penyediaan sebuah bilik dengan ukuran lebih kuran 4-5 meter ini dengan pencahayaaan yang baik, udara bagus dan keleluasaan pergerakan banduan ini adalah untuk satu orang. Penjara ini juga menyediakan kemudahan yang begitu cukup bukan sahaja dari segi materialnya malah guru-guru profesional, ahli psikologi, doktor dan jururawat. Pengambilan makan juga di peruntukan sebanyak 450 gram beras, lauk pauk untuk setiap orang bagi tiga kali sessi makan. Bukan itu sahaja, ada juga ada sayur, ayam, daging dan bermacam-macam lagi supaya ia memenuhi piawaian kesihatan yang diperlukan tubuh banduan untuk setiap hari.




Apapun harus diingat bahawa penjara ini sebenarnya khas untuk orang-orang VIP sahaja. Bagi anda pula janganlah berangan untuk ke sana dengan melakukan jenayah seperti merompak, mencuri, menyamun dan jenayah berat-berat dengan harapan ditangkap, disumbat ke penjara ini dan kemudiannya boleh hidup nyaman dan diberi makan di tempat semewah ini.



Penjara mewah di sana hanya diperuntukkan bagi tahanan politik, bukan untuk seorang mafia atau koruptor yang menyedut wang rakyat dengan mempermainkan undang-undang.

Sumber : hohensinn-architektur.at | izismile.com
HEBAT!!! JANGAN DENGKI YE...KINI BANDUAN PUN BOLEH HIDUP MEWAH DI PENJARA BERTARAF 5 BINTANG MENGALAHKAN ORANG KAYA DI LUAR SANA. HEBAT!!! JANGAN DENGKI YE...KINI BANDUAN PUN BOLEH HIDUP MEWAH DI PENJARA BERTARAF 5 BINTANG MENGALAHKAN ORANG KAYA DI LUAR SANA. Reviewed by Unknown on 4:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.