9 BACAAN INI BUAT ANDA MEREMANG BULU TENGKUK DI WIKIPEDIA. ANDA TIDAK AKAN KE TANDAS JIKA MEMBACA NOMBOR 2


Ada orang suka membaca kisah-kisah menyeramkan. Ada orang yang tidak suka cerita begitu tapi demi untuk melelapkan mata dibacanya juga. Kadang-kadang bacaan kisah yang menyeramkan tersebut adakalanya menghantui fikiran seseorang yang akan mencipta imaginasi dan halusinasi yang melampau. Kesannya...anda sendiri tahu bukan.


Di dalam Wikipedia sendiri terdapat himpunan ensiklopedia pelbagai bahasa dalam jaringan yang terbuka, yang dijalankan oleh Wikimedia Foundation, sebuah organisasi berpengkalan di Amerika. Selain ilmu – ilmu pengetahuan yang mungkin tidak di dapati dalam buku-buku, di dalam Wikiepedia juga sering terdapat kisah – kisah yang sungguh memberikan pengalaman seram sejuk apabila anda bacanya.

1) El Silbon



El Sibon adalah seorang lelaki yang telah membunuh ayahnya, membedah perut isterinya yang lantas dikutuk oleh datuknya. Jika mendengar bisikannya maka itu adalah suatu peringatan. Jika bisikan itu dekat maka aman, namun jika suaranya terdengar jauh maka mengindikasikan bahaya. Rupanya yang tinggi, kurus, sering mengenakan topi jerami dan bercelana pendek.

2. La Patasola



La Patasola ini adalah susuk rupa seorang perempuan yang suka menipu budak lelaki agar mencintainya dan berusaha menjauhkan mereka dari pergaulan kerana niatnya hendak memakan daging dan meghirup darahnya.

3. El Sombrerón



El Sombrerón adalah seorang lelaki pendek dengan pakaian hitam, topi hitam besar. Kesukaannya adalah membuat kepang .Dia dikenal pula dengan nama Tzipitio atau Tzizimite.

4. Los Duendes



Los Duendes adalah susuk rupa yang suka memakan kuku kanak-kanak, namun sesekali juga menghabiskan keseluruhan kaki. Wujudnya mirip jembalang.

5. La Ciguapa



La Ciguapa ini adalah susuk rupa yang mengerikan dan hobinya adalah memancing dan menjelajahi hutan, melakukan seks lalu membunuhnya. La Ciguapa juga memiliki kulit berwarna biru atau coklat. Kakinya terbalik. Rambut panjang menutupi badannya dan banyak ditemukan di pegunungan Republik Dominika.

6. El Chupacabra



El Chupacabra ini merupakan susuk rupa mengerikan yang berwujud seperti beruang kecil namun ada duri-duri di punggungnya dan memiliki hobi menghisap darah kambing.

7. El Sacoman



El Sacoman ini merupakan seorang tua yang jelek. Dalam kisahnya , orang tua jelek ini kerap menculik kanak-kanak nakal. Dia juga menjual dan memakan kanak-kanak yang dikumpulnya di dalam sebuah kantong punggungnya. Dia juga dikenali dengan nama Roba Chicos, el hombre del Saco, dan el Hombre del Costal.

8. La Sayona



La Sayona merupakan susuk rupa yang penuh dendam. Mangsanya adalah lelaki penipu yang melakukan seks dengan pasangan lain walaupun sudah berkahwin. Dia akan membuat lelaki penipu tersebut terluka dan meninggalkannya di tempat yang jauh, dapat pula mematahkan kemaluan, atau memberi penyakit aneh.

9. Los Cadejos



Los Cadejos ini adalah pengertian dari dua jiwa dalam badan berbentuk anjing galak dengan mata merah menyala dan kuku kambing . Dalam kisahnya , Los Cadejos ini binatang yang memiliki warna bulu boleh berubah hitam atau putih. Warna bulu nya itu juga menandakan apakah dia akan memberi perlindungan atau kematian pada para pelancong. Susuk rupanya dapat membuatkan orang menjadi gila jika cuba berbicara padanya,atau membuat orang kembali pada mereka.

Sumber : brilio.net
9 BACAAN INI BUAT ANDA MEREMANG BULU TENGKUK DI WIKIPEDIA. ANDA TIDAK AKAN KE TANDAS JIKA MEMBACA NOMBOR 2 9 BACAAN INI BUAT ANDA MEREMANG BULU TENGKUK DI WIKIPEDIA. ANDA TIDAK AKAN KE TANDAS JIKA MEMBACA NOMBOR 2 Reviewed by Unknown on 11:17 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.